Tentang Parti Warisan

Mengenali sejarah perjuangan Parti Warisan untuk rakyat.

Sejarah Penubuhan

Parti Warisan Sabah (WARISAN) ditubuhkan pada tahun 2016 sebagai sebuah parti politik yang berjuang untuk hak dan masa depan rakyat Sabah. Parti ini didaftarkan secara rasmi dengan nama PARTI WARISAN SABAH atau dalam singkatannya WARISAN.

Makna Lambang Parti

Lambang Parti Warisan
  • Kapal Layar (Biru Pekat)

    Melambangkan teras perjuangan Warisan — berani serta memiliki ketahanan yang tinggi kerana ia membawa harapan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik.

  • Dua Tangan Bersalaman (Biru Pekat & Merah)

    Melambangkan kesatuan serta perpaduan rakyat dari pelbagai etnik dan kaum. Biru Pekat bagi rakyat di Timur Malaysia, Merah bagi rakyat di Barat Malaysia.

  • Bunga Padi (Putih)

    Matlamat utama Warisan adalah memperjuangkan kebajikan rakyat berbilang kaum dan etnik.

  • Laut (Biru Muda)

    Kekuatan serta perpaduan rakyat dalam memperjuangkan parti dan mengharungi cabaran bersama.

  • Tiga Jalur (Biru Muda, Biru Pekat, Merah)

    Perjuangan Warisan bersifat menyeluruh, adil dan saksama.

  • Warna

    Biru Pekat & Biru Muda = Perpaduan; Merah = Keberanian & Ketegasan; Putih = Ketelusan, Amanah, dan Integriti.

Tujuan & Matlamat Perjuangan

Matlamat PARTI WARISAN SABAH seperti yang termaktub dalam Perlembagaan adalah untuk:

1

Menanam semangat cintakan Tanah Air.

2

Kesatuan pelbagai kaum, etnik dan budaya.

3

Menanam sifat cintakan keamanan, keharmonian serta toleransi.

4

Keberanian dan ketegasan memperjuangkan hak-hak rakyat Malaysia.

5

Ketelusan, Amanah dan Adil dalam pentadbiran dan kepimpinan.

6

Kebajikan dan Kesaksamaan untuk rakyat Malaysia.

7

Mempertahankan kedudukan istimewa Bumiputera, Bumiputera Sabah dan Sarawak, Orang Asli dan hak-hak sah semua kaum.

8

Menjunjung semangat kerjasama adil antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

9

Memperjuangkan, mempertahankan dan melaksanakan hak-hak Sabah selaras Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

10

Memperkasakan agenda membanteras rasuah dan tadbir urus baik.

11

Membentuk masyarakat Malaysia yang inklusif, progresif, dinamik dan saintifik.

12

Memperjuangkan keadilan sosial, membela kebajikan rakyat dan membasmi kemiskinan.

13

Pendidikan berkualiti yang mementingkan bakat, kreativiti dan inovasi.

14

Memupuk perpaduan, keharmonian, kestabilan politik dan pembangunan ekonomi mapan.

15

Mengamalkan prinsip Rukun Negara dan mendukung Perlembagaan Persekutuan.

16

Menyertai pilihanraya untuk menghantar wakil ke Dewan Undangan Negeri, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.